Monday, December 6, 2010

Ok, ni copy je dari blog kak mun...hehehe...tapi jawapan tuh jawapan sendiri larr...

A - AVAILABLE :   err......

B - BIRTHDAY :   31jan...

C - CRUSHING ON :  a korean artist...Daesung Big Bang...

D - DRINK YOU LAST HAD :   nescafe...now, waiting for the tea from my sister..

E - EASIEST PERSON TO TALK TO :   my Mr. F.....

F - FAVORITE SONG AT THE MOMENT :  hmmm....not in the mood of music..

G - GREATEST RIVAL :  hahaha...none...confirm!!

H - HOMETOWN :   kuantan or kelantan?? conclusion: Malaysia...hehehe

I - IN LOVE WITH :   games....(^_^")

J - JUGGLE :   yeah, once...during the PLKN....

K - KILLED SOMEONE :   i killed the heart only...not the person..hehe

L - LONGEST CAR RIDE :   every time i go back to my village in kelantan...

M - MILKSHAKE FLAVOR :   never try it....any suggestion?

N - NUMBER OF SIBLINGS :   5....1 elder sister...1 elder brother...1 younger sister...1 younger brother....conclusion: i'm the third...

O - ONE WISH :   to grant all the thousands wish i have...

P - PERSON YOU CALLED LAST :   hmm....giving my sister missed call, because she didn't find her phone....(^_^")

R - REASON TO SMILE :  no reason...just smiling everytime i feel like it...:)

S - SONG YOU LAST HEARD :   maher zain.....

T - TIME YOU WOKE UP :   err...late in the afternoon....:P

U - UNDERWEAR COLOR :   owh, that's personal...

V - VEGETABLE(S) :  there's a lot....

W - WORST HABIT :   love to smile alone....

X-RAYS YOU'VE HAD MOST RECENTLY : owh..no....

Y - YOYOS ARE :   ???

Z - ZODIAC  :  all the 12....(^_^)

Monday, November 29, 2010

Kisah masa cuti: kerja vs lesen vs cari jodoh?

Hmm....cuti dah bermula...adalah tiga bulan. Terfikir plak, nak buat ape dalam mase tiga bulan ni ek? Bile ditimbang-timbang.....

PERTAMA: CARI KERJA
-aishh, masalah jugak ni. Bukan x nak kerja, mestilah nak...cari pengalaman baru, kutip pengalaman, kenal dunia luar, takde la nak terperuk kat rumah jek...tapi...........camne nak kerja? Motosikal tak pandai, kereta apatah lagi.....nak pergi kerja macam mana? Bas bukannya senang nak masuk kawasan perumahan ni....dan bukannya ada orang istimewa nak tolong hantar dan ambik..(fufufu...). SO???

KEDUA: AMBIL LESEN
-pun ade masalah jugak...kalau ade lesen pun bukan boleh gune....nanti tersimpan je dalam dompet..yelah, motor takde, kereta takde.....ayah tak mungkin bagi pinjam Innova tu..hehehe....kalau pergi India nanti pun (Insha ALLAH), bukan boleh guna lesen tu...maklumlah, kat Malaysia ni ade one-way, two-way...kat sane free-way....SO????

KETIGA: KAWIN...(errrrkkkk???)
-hahaha.....yang ni lagi la x masuk dalam list....nak kahwin konon...calon pun takde....perangai pun tak senonoh cam budak2 lagi....masak pun tak pandai...ade hati plak nak kawin...tak puas lagi kot nak bermanja ngan mak ayah..hehehe...SO?????

Hmm...bile fikir2 balik....banyak je lagi sebenarnya  benda yang boleh buat dalam mase 3 bulan ni. Mungkin sekarang rase macam  tak tahu nak buat ape, tapi....nanti-nanti ade la tuh...ayah dah bagi hint suruh sambung menulis...umi pulak dah bagi hint suruh jaga anak orang laen..(bile anak sendiri???...:P)...


Dan dengar khabarnya, sahabat saye E.Haziq dah bertunang...Wallahuallam. Nak tanye tuan punya badan, tak dapat dihubungi pulak...apapun, kalau berita tu sahih lagi benar, Tahniah la diucapkan...turn saye bile pulak? Hehehe.....


Kesimpulannya, hargailah masa anda. Setiap detik yang berlalu tak mungkin berulang kembali...seperti firman ALLAH S.W.T yang terakam dalam Surah Al. Asr, janganlah kita tergolong dalam orang-orang yang rugi....

MANTAPKAN KUALITI, TINGKATKAN PRESTASI, DUNIA DAN AKHIRAT SAMA DICARI.

Monday, October 18, 2010

MANUSIA DAN ANAK PATUNG KERTAS

Suatu hari di bulan Oktober. Saya leka memerhatikan dua orang kanak2 perempuan bermain Barbie doll. Entah apa yang diperkatakan mereka. Seketika mereka ketawa, dan seketika yang lain mereka bersuara dengan nada marah. Pelbagai ekspresi, imaginasi mencurah-curah. Saya tersenyum sendiri. Teringat kenangan zaman kanak2 dulu. Anak patung kegemaran saya bukanlah Barbie doll tetapi anak patung kertas yang boleh disalin ganti bajunya.

Ahh…kreatif jugak saya sewaktu bergelar kanak2. Anak patung kertas tersebut bukan saja dibeli, malah ada yang dilukis sendiri. Tidaklah cantik mana pun, tetapi cukup untuk memuaskan hati. Saya lukis wajah dan tubuh anak patung tersebut, warnakan dan gunting. Kemudian, saya siapkan beberapa pasang baju untuk setiap watak anak patung tersebut. Puas bermain, saya masukkan ke dalam plastik dan sisipkan di bawah tilam agar tidak berkeronyok. Kadang2, buku2 saya atur, saya siapkan rumah untuk anak patung tersebut. Lengkap dengan TV, telefon, katil, bilik air, bilik tidur, dapur, tangga. Kadang2, kalau tidak sempat melukis anak patung yang baru, apa2 sahaja boleh dijadikan watak2 dalam permainan saya. Pernah saya gunakan bekas ubat pensil mekanikal sebagai anak patung, dan saya gunakan kamus bergambar sebagai dunia anak patung tersebut. Haha….

Bila bercerita tentang anak patung, terlintas di fikiran saya bahawa anak patung itu adalah watak2 ciptaan kita, ciptaan manusia. Kita bebas menentukan apa sahaja untuk anak patung tersebut. Baik, jahat, cantik, buruk, kaya, miskin….segalanya kita tentukan. Anak patung tersebut tidak ada kekuatan untuk membantah apa sahaja yang ditentukan kita. Hanya membiarkan diri dan hidupnya direka oleh manusia.

Apabila direnung kembali, hati menjadi insaf. Insaf dengan kebesaran dan keadilan Tuhan. Kalau kita ditanya, mengapa anak patung A cantik tapi anak patung B buruk, mengapa anak patung C baik tapi anak patung D wataknya jahat? Kita pasti menjawab”Eh, suka hati akulah. Aku yang cipta anak patung ni. Suka hati akulah nak tentukan watak2 diorang..” Begitulah antara kita dan Tuhan Yang Maha Esa. Dialah yang telah menciptakan kita dengan kasih sayangNya, dan Dia berhak menentukan apa yang diinginkanNya ke atas hamba-hambaNya. Siapa kita untuk mempersoalkan apa yang ditentukan olehNya? Apa yang berbeza ialah manusia sangat sukar untuk bersikap adil sedangkan Allah itu Maha Adil. Diberikan kita akal untuk berfikir, dan setiap hamba yang diciptakanNya ada kelebihan dan kekurangan masing2. Kita diberi peluang untuk meminta dariNya dan Dia menganugerahkan kita apa yang terbaik untuk kita.

Cuba perhatikan watak2 ciptaan kita. Jelas sekali ketidakadilan manusia. Kebiasaannya, watak yang cantik kita sempurnakan pula dengan sifat yang baik2 seperti kartun Barbie yang sering ditayangkan di TV. Bagi watak yang jahat pula pasti mempunyai rupa paras yang hodoh dan menakutkan. Kita seolah-olah mengatakan bahawa orang yang baik2 pasti mempunyai rupa paras yang baik2 dan orang yang jahat pasti mempunyai rupa paras yang buruk dan menjijikkan. Realitikah itu?

Nah, sekali lagi kita dapat lihat betapa Allah Maha Adil. Dia tidak memandang pada rupa dan zahir seseorang melainkan apa yang ada di dalam hati mereka. Cantik tak semestinya baik dan hodoh tidak semestinya berperangai buruk, malahan ramai orang yang kekurangan dari sifat fizikal tetapi kaya iman dan budi bahasanya.

Jadi, siapa kita untuk terus mempersoalkan takdir Allah? Bersyukurlah yang kita telah diciptakanNya, diberikan rahmat dan nikmat olehNya, dan beramallah sebanyak mungkin kerana tempat kembali kita adalah kepadaNya..

Wallahuallam.

Thursday, August 5, 2010

KISAH SI PEMANDU TEKSI...

On last Sunday, I paid a visit to Sunway Pyramid, Kuala Lumpur. One of my classmates from my former school, (SEMSAS), Hazirah, is going to fly to Beijing in this September. So, I went there to meet her for the last time before she flies to China.
Well, it’s not about her that I want to share this time. It’s also not about the Sunway Pyramid….I don’t like the place much actually… but the story that I want to share this time is about a taxi driver who I met on my way back to college after spending my day in K.L.
I was alone at the KTM and was rushing for my prayer… I met one of my friends in front of the 7 Eleven… but as I wanted to go back as quick as I can, so I took a taxi and went back alone. The taxi driver was an Indian old man … and it is his story that I would like to share with others.
He was a kind man. He asked me a lot of questions and I answered them with my pleasure. He loved to share his story with others and I was glad that I met him that night.
He was surprised when I told him that I’m studying A-Level in KTT to further my study in India.
“Kenape nak pergi India, dik? Kenape tak study kat UM ke…”
I smiled,” Sebab ambil scholarship….kerajaan hantar pergi India…”
“Owh….”
Then, he told me that he had been to India once for a vacation. Most of the students from Malaysia are sent to Manipal.
“Dekat India, makan susah la sikit…”
“kenape?”
“Yelah, mereka makan capati … kite dah biase makan nasi lemak…air teh kat sane tak same macam yang dekat sini… minum dua gelas pun tak puas lagi..mesti minum lima gelas baru cukup…”
I laughed. Yes, that’s the truth. I have to prepare physically and mentally for that.
Then, we chat about him. He worked in a post office once before and after retirement he did not work at first. However, after 3 months, he decided to look for a job
“susah la dik. Lepas pencen ni, bile tak kerja..semua penyakit ade. Dulu, kerja berat pun tapi sihat. Sekarang, bile tak kerja,sekejap sakit badan, sekejap sakit kepala. Lagipun duit masuk dan duit keluar jugak. Anak2 pun semua dah besar2…jadi uncle kerja balik la.. “
He told me that all his children had been in good life now. One of them is studying in UKM…and I don’t remember about the other three. He seems happy when talking about his family. I’m sure that he was very proud to have such a good life.
He advised me to start planning for my future now. Death is a fate, but we have to work our life as we’re going to live for thousands years. I’m really agreed with him and he made me realized about that.
Thanks for your advice, uncle.

Tuesday, July 27, 2010

MALAYSIA...IS MY COUNTRY

Baru-baru ini, seorang sahabat dari Pakistan yang dikenali melalui Yahoo Messenger meminta sesuatu dari saya. Meminta untuk dihantarkan gambar2 tentang Malaysia. Jika anda, gambar yang bagaimana yang akan anda kirimkan untuk seorang sahabat yang tidak pernah mendengar nama Malysia, apatah lagi untuk menjejakkan kaki di sini? Puas berfikir, puas membelek-belek simpanan gambar2 dalam laptop, saya tak juga jumpa gambar yang sesuai untuk dikirimkan kepadanya. Kebanyakannya gambar di KTT. Tak sesuailah saya tunjukkan gambar2 KTT untuk menggambarkan Malaysia bukan? Jadi saya bertindak sedikit kejam dan membalas permintaannya dengan menulis “search for yourself from the internet”, dan saya tambah emoticon tersengih . Kejam kan? Agak la...
Kemudian, saya terfikir, gambar apa yg sepatutnya saya bagi kepada sahabat2 seperti itu? Malaysia....hmm, yang tergambar di fikiran saya adalah KLCC dan KL Tower. Mengapa gambar itu? Sinonimkah Malaysia dengan KLCC dan KL T ower? Hmm..mungkin.
Teringat saya kenangan semasa melewati usia kanak-kanak (dan sebenarnya masih berlaku sehingga kini). Setiap kali ayah membawa kami sekeluarga ke Kuala Lumpur, pasti kami adik-beradik memanjangkan leher sebaik sahaja diberitahu “kita dah masuk KL ni”. Mencari apa? Mencari KLCC. Mencari KL Tower. Rasa bangga dapat melihatnya dengan mata sendiri. Dan mata akan kekal melekat pada menara2 itu sehingga hilang dari pandangan. Ketika itu, dunia seolah-olah berkata “Tahniah, kau dah betul-betul jadi orang Malaysia”...seolah-olah tak lengkap menjadi rakyat Malaysia kalau tak melihat menara yang dua itu. Dan begitulah saya menggambarkan Malaysia.
Datang seorang lagi sahabat, kali ini dari India. Mengetahui saya seorang muslim, dia bertanya yang apabila diterjemahkan bermaksud “Adakah negara awak negara Islam?”. Saya terdiam, jari yang sebelumnya lincah menekan keypad terhenti. Saya terfikir, soalan itu mudah, pilihan jawapannya juga mudah: yes or no. Tapi saya mengambil masa untuk menjawabnya. Hilang kata2. Dan akhirnya saya menaip
“Islam is the main religion in my country....but.....”
“but what?”
“nothing. Leave it”
Jika anda di tempat saya, apa jawapan anda? Adakah Malaysia adalah sebuah negara Islam? Ya, agama rasminya adalah Islam tapi sejauh mana kebenarannya untuk kita mengakui Malaisia adalah sebuah negara Islam? Islamkah negara ini? Jika ya, dari sudut apa? Masyarakat? Pentadbiran? Hukum dan peraturan? Cara hidup?
Siapa yang mampu menjawabnya???

Monday, July 19, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...

short notes
-there is an exam next week, Mid Sem exam-just on monday n tuesday
-study becomes tougher...
-life becomes more colorful...
-i pray to ALLAH that He would give me the permission to further my study to India....
-i really want to go there...

Wednesday, July 7, 2010

LAGU~

When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

CHORUS
No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

CHORUS

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

CHORUS (x2)

BRIDGE:
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows.

Friday, July 2, 2010

Bermulanya kisah baru....

Assalamualaikum wbt.
Salam perkenalan buat semua...
Alhamdulillah, setelah beberapa lama menyimpan hasrat untuk mewujudkan blog persendirian, akhirnya diberi keseMpatan oleh Allah S.W.T.
Harap dengan wujudnya blog ni, dapatlah berkongsi pendapat dan cetusan minda dengan anda semua...
Insya Allah