Sunday, May 27, 2012

Kemalangan di malam Hari Belia 2012




Tengok dulu video tu sampai habis. Kalau malas nak tunggu, boleh skip ke minit 5:20 untuk melihat eksiden tuh.

Komen aku :

1) TAKZIAH.

Takziah buat peserta hari belia yang terlibat dalam kemalangan tuh. Setakat ni aku x jumpe lg update pasal peserta yg kene langgar mahupun pemandu kereta tuh. Tapi kalau tengok dari segi kelajuan kereta, ngan situasi dlm video nih, sampai ade org bawah kete, for sure kecederaan bukan setakat yang ringan2 je, dan melibatkan lebih dari 2,3 orang. Innalillahi wainna ilaihi raajiuun. Apapun, kita berdoa agar semuanya selamat.


2) CIRI2 KESELAMATAN.

Heh. Kalau budak sekolah tengok budak sekolah tahu kot yg ciri2 keselamatan kat kawasan nih sgt la lemah. Ade ke patut penonton duduk kat tepi jalan? Ni bukan lumba lari, ni lumba kereta. Kelajuan bukan 60/80 km/h......common sense la beb. Kalau setakat duduk belakang pagar camtuh, memang tinggi la risiko nak kena langgar. Lagipun, kawasan nih memang bukan kawasan yg dikhaskan utk lumba kereta. Betul, memang kemalangan tu kat mana2 pun boleh berlaku, kat track pun boleh eksiden kalau dah nak jadi, tapi at least kite beringat sebelum kena. Sediakan payung sebelum hujan. Jangan sudah terhantuk baru nak tengadah.


3) RELEVAN
Sebelum tgok video nih aku x tahu pun ade event nih mase Hari Belia, Aku ingatkan konsert 'pengisian rohani' tu jek. Masalahnya, apa relevannya aktiviti nih? Kalau tak silap aku, objektif Hari Belia adalah untuk membina sahsiah diri dan integriti dalam mempersiapkan belia sebagai bakal pemimpin untuk masa akan datang. Erk...kalau dah events macam nih, kat mane yang berkait ngan objektifnya? Ni bukannay nak membentuk sahsiah, tapi nak merosakkan lagi sahsiah dan akidah. Buat konsert2 macam tuh, adakah membentuk jiwa anak2 muda yang sudah sedia goyah? Lumba kereta macam ni, bukankah menggalakkan lagi aktiviti lumba haram?

Well, ade otak sendiri fikir. Tuhan dah bagi akal, jangan letak kat kepala lutut. Membina sebuah negara yang hebat perlu dimulakan dari dalam diri individu tu sendiri.




Sunday, April 29, 2012

NAK JUGA CITER PASAL BERSIH.

Penat study. So sementara tunggu maghrib, tetibe rase berminat nak post kat blog pasal Bersih 3.0. Takde orang yg bace blog aku, so tak kisahlah ape aku nak merepek kat sini pun kan? Hehe.


Semalam (28/4) fb wall aku penuh dengan update pasal Bersih. Aku pun terus mengikuti perkembangan2 Bersih sampai la kes2 terbalik kereta dan sebagainya.

Ok, aku bukannye pro pembangkang, dan aku pun bukannye pro kerajaan. Aku cume salah seorang dari jutaan rakyat Malaysia yang bertindak sebagai pemerhati dari jauh (maklumlah, ade kat india sekarang) dan aku x sabar2 utk daftar jadi pengundi (kene tunggu balik Malaysia baru daftar. Takde mase nak pegi kedutaan).

Sebagai rakyat Malaysia yang berdiri di pihak pemerhati, aaku rase sangat sedih melihat ape yg berlaku semalam. Pada awalnya, situasi tenang dan berjalan seperti yang dirancang. Tapi bermula daripada kes rempuh masuk sekatan kat Dataran Merdeka dan kes sembur air ngan gas pemedih mata tu, kekecohan berlaku yang membawa kepada kecederaan ramai pihak.

Nak kata pendemo salah, tak boleh jugak. Siapa yang mulakan dulu segala kekecohan tuh masih dalam siasatan. So, tak eloklah nak tuding jari kat sape2 kan. Tapi satu perkara yang aku memang tak puas hati, dan aku rase aku layak untuk mempersoalkan adalah kes keganasan polis. 


Aku tak tahu ape yg diorang buat sampaikan polis perlu guna teargas ngan air utk menyuraikan keadaan. Yang aku nampak dari segala video yg ade kat utube tu cume geng2 pendemo yang berteriak melaungkan slogan pasal bersih ngan lynas. Pastu aku nampak polis sembur ngan meriam air. Kenape? Why? Kyun??

Ok, maybe ade sesuatu yang aku x tahu berlaku. Tapi still aku rase macam agak keterlaluan. Rakyat sendiri tuh. Rakyat2 nilah punca adanya Malaysia. Janganlah suka2 hati jeh nak belasah anak orang.


Ok, tuh jeh. 

Monday, April 23, 2012

Nanti kredit habis~~~

Hari tuh berborak ngan umi kat telefon. Borak, borak, borak....last2 umi cakap

"Hah, sudahlah tuh. Kesian kat awak. Nanti kredit habis"

Aku gelak "Takpe kalau kredit habis sebab borak ngan mak kite, lagi baik daripada habis sebab borak ngan pakwe :P "

"Amboiiiiiii...dah ade pakwe ke~~~"

"Eh, bukan...maksud kite..."

"Iye, umi paham. Baik berhabis kredit ckap ngan mak drpd pakwe"

Aku tersengih sorang2. Hmmm....rindu :)










Thursday, April 19, 2012

LAGU KITA UNTUK MEREKA (SPECIAL FOR PALESTINIANS)

Bayangkan kalau lagu ni dinyanyikan oleh seorang rakyat Palestin....terkesan tak?

Disini lahirnya sebuah cinta

Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan


Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini



Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan