Sunday, July 31, 2011

Warkah Dari India 2: First Class (?)


Hari ni hari Isnin. Ms Shanti cakap first class kitorang hari ni, dan orientation week start esok. Lepas Subuh, aku pun semangat gosok baju kurung ngan apron (labcoat), pastu main internet jap, dan sambung tidur untuk beberapa minit.

Lepas mandi, bersiap, dan sarapan, kitorang pun turun la bawah. Semangat nak gi kelas. Kitorang dimaklumkan yg Ms Jhanvi akan bawak kitorang gi kelas, so kitorang pun tunggu la kat pintu utama asrama depan bilik die.

Tetibe, Ms Jhanvi keluar dari bilik sebab Makcik Mass ketuk pintu bilik die. Die terkejut tengok kitorang berdiri kat luar, siap bawak beg ngan apron lagi.

“Where are u going?”

Aku pun terpinga-pinga la. Apasal die tanya pulak?

“We thought we got class today...”

“Who told u?” Ms Jhanvi dah tergelak-gelak.

“Errr....Ms Shanti”

Pastu Ms Jhanvi cakap yg kitorang xde kelas hari ni dan esok. Kelas akan start pada hari ketiga, iaitu Rabu. Tu pun, x sure lagi. Kitorang memang xde ape2 aktiviti untuk hari ni ngan esok. Orientation week pun maybe start hari rabu.

Ok, kitorang pun dah tergelak-gelak kat situ. Malu beb..haha. Dahlah ade senior kat situ. Dan kitorang pun naik atas balik, sambil terpikir-pikir ape nak buat dalam mase 2 hari ni.

*Kitorang start puase esok. Dan kemungkinan akan sambut Aidilfitri di Mangalore. Tapi, kawan2 kat Mangalore start puase hari ni. So, macam mana tuh? :P

Saturday, July 30, 2011

Warkah Dari India 1: Hari2 Pertama.


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, ni dah masuk hari kelima berpijak di bumi India.
So, nak cerita sikit la apa yg dah berlaku dalam tempoh 5 hari ni. Hehe.

Ok, hari pertama. Bertolak dari KLIA ke Bangalore pukul 10 malam dengan nombor penerbangan MH 192. Ni first time aku naik flight, so agak teruja. Sebab waktu malam, so aku x Nampak ape2 pun kat bawah tu. MAS sediakan supper ntuk kitorang, dan makanannya sangat banyak dan sedap. Ade nasi campur ayam ngan sayur, yogurt, salad, coklat, roti…dan jus. Diorang pun ade gak sediakan wain bagi penumpamh yg nak minum wain. Kitorang sampai kat Bengaluru International Airport, Bangalore dalam pukul 11.45 malam.

Sampai kat BIA, Mr Parthiban, agen Nugrahan tu tgah tggu kitorang. Dan akhirnya Mr P pun beredar bersama ngan budak2 Kolar, meninggalkan kitorang 10 orang bersendirian kat airport. Wakil nugrahan yg sepatutnya sambut kitorang mase tu ada di Mumbai, sebab sepatutnya kitorang naik flight KLIA-Mumbai, tapi ade misconception yg membuatkan terjadinya kesilapan mase beli tiket. So, kitorang terpakse la berehat kat Arrival Hall,BIA sampai kul 4 pagi sebelum bergerak ke Departure Hall untuk menaiki pesawat ke Pune Airport kul 6 pagi. Kat BIA takde surau or tempat solat, so kitorang terpakse sembahyang duduk. Ni first time aku solat sambil duduk atas kerusi. Pastu, mase ambil wudhu’ kat toilet, akak yg jage toilet tu marah2 kitorang dalam bahasa die sebab lantai basah. Maklumlah, orang India gune tisu je..kitorang gune air, so memang la basah. Kitorang buat tak tahu je lah..nak buat camne..

Kul 6 pagi, kitorang naik flight ke Pune. Dalam kapalterbang ni, ade tv yang bersambung ngan kamera kat luar pesawat. So, kitorang boleh nampak pemandangan luar dari tv tu. Mase pesawat lalu kat dalam awan, SubhanALLAH…pemandangan kat luar tingkap memang cantik. Macam dalam citer2 yang konon2 ade Negara atas awan tuh..awan tu pulak nampak cam salji je…hehe.

Bile turun dari pesawat tu dan menjejak kaki di bumi Pune, rase sejuk sebab mase tu dalam pukul 7 lebih waktu tempatan. Kitorang jumpe Ms Shanti, agen Nugrahan yg sepatutnya sambut ketibaan kitorang kat situ dengan 5 org private students. Kitorang pun naik van bertolak ke Karad. Dalam perjalanan, kitorang singgah sarapan kat sebuah warung, and Ms Shanti ordekan puri dan teh ntuk kitorang. Puri tu sedap, dan teh tu sangat pekat rasa susu, sebab diorang tak gune air buat teh, hanya susu.

Lebih kurang 3 jam kemudian, kitorang sampai di Krishna Institute of Medical Science (KIMS), Karad. Angin sejuk bertiup dan pakcik van tu tolong angkatkan barang2 kitorang. Kitorang disambut oleh senior batch pertama (kami batch keempat). Kitorang dimaklumkan yg kitporang tak dapat bilik lagi sebab ada kena tunggu exchanged students dari US yg dah nak tamat tu balik dulu baru kitorang dapat bilik. Asrama kitorang ni Internatonal Hostel, so yg menginap di hostel ni semua foreign students, termasuklah pelajar Malaysia. Kitorang tumpang bilik tetamu dulu. Hari ni baru dapat bilik kot, sebab esok dah start kelas.
Makanan sedap, seniors baik. Kitorang dah buat sesi taaruf dengan seniors Muslim. Kitorang juga dah beli buku2 dan barang2 keperluan ntuk belajar. Kedai dekat je. Sekitar kawasan kolej je, dalam dan luar. Jalan kaki je. Tapi semalam kitorang pegi beli barangan elektrik kat Karad City naik auto, dekat je, just a few minutes. Dalam KIMS ni ade gak mart. Kitorang beli apron (labcoat) kat mart ni je. Dan ade gak kedai yg jual dairy product cam aiskrim dan susu. Sedap. Tapi kene kira betul2 sebab akak tu asyik salah kire. Cuaca agak lembap, so jemur baju tak kering2. Hehe.

Ok, nak gi sarapan nih. Jumpa lagi dalam entri seterusnya. Wassalam.