Sunday, August 24, 2014

Mengenang MH17

Siapa sangka, ketika kau memejamkan mata
dalam penerbangan yang selesa di puncak biru

bersama kegirangan untuk bertemu sanak saudara
yang menantimu di sana dengan segunung rindu

Dan takdir Tuhan menentukan bahawa
itu saat terakhir untuk kau melihat dunia yang satu.


Kau itu mungkin aku
Mungkin saudaraku
Mungkin sahabatku
Mungkin siapa saja yang aku kenali
Dan Tuhan memilih untuk mengambil kau perg
i menghadap Ilahi
Saat sang burung rebah tersungkur ke bumi

Semoga dosa kalian diampunkan
Semoga pemergian kalian tidak sia-sia


#MH17

Wednesday, June 11, 2014

PENGEMIS

Hari tuh aku tengah borak-borak dengan someone dalam telefon. Lepas tu, dia cerita la yang ada pengemis datang rumah dia. Emak dan adik perempuan dia pun bagi la makanan ngan pakaian sikit kat pengemis tu.

Lepas tu, pengemis tu merungut. Pengemis tu kata kat luar ni sejuk (sebab salji) jadi dia nak pakaian yang sesuai untuk tahan sejuk tu. Emak, adik dan dia sendiri pun geledah satu rumah cari baju sejuk yang boleh bagi kat pengemis tu, tapi tak jumpa. Jadi pengemis tu pun beredar la dengan hampanya.

Bila aku dengar cerita dia, aku pun tanya la, "Amboi, demand betul pengemis tu. Yang awak ngan family awak ikut aje cakap pengemis tu kenapa?"

Lepas tu dia cakap (lebih kurang) begini....

"Kita ni tak boleh pandang hina kat pengemis. Bila mereka minta sesuatu, selagi mana kita boleh tunaikan, kita tunaikan. Bagi mereka makan, bagi mereka pakaian. Kita patut muliakan pengemis ni. Mungkin merekalah tiket untuk kita ke syurga. Allah hantar mereka sebagai ujian untuk kita. Jangan abaikan mereka"

Ok, terpukul.

Alhamdulillah, terima kasih Allah atas teguran ini :)

Thanks to you. May Allah gives me strength to follow the advice.