Thursday, May 26, 2011

KISAH ABU NAWAS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada suatu hari, Abu Nawas pergi ke pasar dan berteriak kepada orang ramai.

"Wahai penduduk Baghdad, sesungguhnya aku benci kepada hak, aku cinta kepada fitnah, dan dalam beberapa tahun ini aku lebih kaya daripada Tuhan"

Penduduk Baghdad gempar mendengar kata-kata Abu Nawas tersebut. Masakan tidak, kata-kata tersebut adalah kata-kata seorang hamba yang sombong.


Mereka segera melaporkan hal tersebut kepada Khalifah, dan Abu Nawas dititahkan untuk menghadap Khalifah dengan segera.

"Wahai Abu Nawas, kamu akan dipenjarakan!" titah Khalifah dengan wajah yang merah padam menahan marah.

"Wahai Khalifah yang bijaksana, apakah kesalahanku?" tanya Abu Nawas.

"Kata-kata kamu telah mencetuskan kekecohan. Kamu adalah hamba ALLAH yang sombong. Kata-kata kamu boleh membawa kepada MURTAD..!!!!"

"Wahai Khalifah, sesungguhnya kata-kataku adalah satu kebenaran. Bukan sahaja aku, malahan Khalifah juga begitu,"

"Aku? Jelaskan kata-katamu wahai Abu Nawas!"

"Wahai Khalifah, sesungguhnya aku benci kepada yang hak. Bukankah kematian itu suatu yang hak? Siapakah yang suka kepada kematian? Bahkan setiap orang benci kepada kematian,"

"Jadi, apa pula maksudnya kamu cinta kepada fitnah?" tanya Khalifah, mulai tertarik dengan kata-kata Abu Nawas.

"Wahai Khalifah, bukankah wanita dan anak-anak itu adalah fitnah? Dan bukankah Tuanku juga suka kepada wanita dan anak-anak?"

"Hmmm...tetapi kamu mengatakan bahawa kamu lebih kaya daripada Tuhan. Bukankah kata-kata itu adalah kata-kata orang yang takbur?"

"Sabar wahai Khalifah. Sesungguhnya aku mempunyai ramai anak tetapi Tuhan tidak mempunyai anak, maka bukankah aku lebih kaya daripada Tuhan?"

"Jadi, apakah sebenarnya tujuan kamu berkata begitu kepada orang ramai?"

"Untuk mengingatkan bahawa mati itu adalah pasti, wanita dan anak-anak adalah fitnah, dan sesungguhnya ALLAH itu Maha Esa,"



*Kesahihan kisah ini tidak dapat dipastikan kerana diambil daripada sebuah buku. Apapun, mana yang baik jadikan teladan, mana yang buruk jadikan sempadan.



Yang Ikhlas, 
Cahaya Permata Syurga

Sunday, May 1, 2011

TENTANG BANGLADESH

Assalamualaikum warahmatullah...


Hari ni saya nak bercerita  tentang Bangladesh. (^_^)

Selama ni, sejak saya kecik sampai la saya dah besar panjang (dah boleh kawen dah..),  saya selalu dengar perkataan Bangla.
Selama ni, bile dengar perkataan Bangla, ape yang ade dalam fikiran adalah orang yang kulit hitam, badan kurus kering, kerja jadi buruh kat Malaysia.
Selama ni, bile jumpe dengan orang yang dikatakan orang Bangla, mesti mak ayah akan tarik tangan, pergi jauh2..dengan nasihat “kena hati2 dengan orang Bangla…jangan dekat dengan diorang”

Saya tahu mak ayah saya sayangkan saya. (^_^)

Tapi malangnya, saya membesar dengan skeptical bahawa orang Bangla perlu dijauhi. Bukan salah mak ayah saya, tetapi persekitaran yang membentuk situasi begitu.

Dan begitulah pandangan saya tentang Bangla, sehinggalah………

Satu hari, saya berkenalan dengan seorang budak lelaki dari Bangladesh.
Lepas tu baru saya tahu, Bangla tu sebenarnya adalah Bangladesh (BD).
Dan lepas tu, barulah minda saya tentang BD terbuka, macam tingkap yang terbuka  bila angin kuat…(perggh..:P)

Ada sesuatu yang menarik tentang Bangladesh dan tentang budak lelaki dari BD yang saya sebutkan di atas.
Apa yang saya tahu tentang BD?
Menurut S***, BD adalah Negara kedua yang mempunyai penduduk Islam paling ramai selepas Indonesia.
Di BD, Islam adalah agama rasmi tetapi pada masa kini, pemimpin BD telah meminggirkan Islam, dan hanyut dalam kemewahan duniawi.
Para pemimpin hidup dalam kemewahan yang melimpah ruah, tetapi rakyat dibiarkan menderita dan kekal miskin.
Rakyat yang cuba memberontak atau cuba membangkang kerajaan dengan memperjuangkan Islam, akan ditangkap atau dibunuh.

Golongan muda di Bangladesh sekarang yang kebanyakannya belajar dan mendalami Islam telah terbuka minda dan fikiran mereka akan kesilapan pemerintah. Mereka cuba bangkit menuntut hak mereka, tetapi sentiasa gagal atas kekejaman pemerintah.

Menuntut ilmu adalah salah satu usaha untuk mengeluarkan diri mereka dari kemiskinan tetapi malangnya, jalan untuk mereka memperoleh masa depan yang lebih cemerlang disekat.

Kanak-kanak seawal di bangku sekolah juga telah turut terlibat dalam perjuangan menuntut hak, dalam perjuangan untuk mengembalikan syiar Islam di bumi Bangladesh.

Ada satu petikan chatting saya dengan S***…petikan yang merupakan luahan hati seorang remaja Bangladesh yang menjadikan Islam sebagai teras hidupnya.

I and M**** both r involved with an islamic organisation,
Founded by some great students.
Our aim is to establish islam..
in our country..but
Our government and others are now against us,
They totally want to destroy us..
U cant even think of wat is happening here..
16th april is another great day to fight against govt.
Our govt is now trying to efface the name of islam 4m Bangladesh..
But till the last drop of our blood, we can never let it to be.
M**** is a great person,
He goes on the road to protest against govt..
Very brave..
i want to go with them,
but i amnt allowed..
bcz i am 16.
Police arrest many of us,
They throw unbearable tear gas,
They hit with their sticks..
They killed 18 of our brave brothers in 2008 in front of all..
Last year, police arrested 3 thousand of our brother..
Even me,can be arrested at any time.
No guaranty..
but we dont fear..
Allah has ordered us to establish islam,
If anyone stands as obostacle in our way,
We willnt let him to win till our life time.
We want islam,
We want justice,
We want peace,
It is clear that islam is da only way to get peace..
Bangladesh is no longer a muslim country.
Bcz our govt has announced it secularism.
Our girls are now allowed to go out without Hijab,
But before, they werent allowed.
They have banned hijab in some places,
Even they tried to make a law against the law of quran.
And whoever speaks on behalf of islam and quran,
He will be killed/arrested/tortured.
Sister!
The situation is getting worse day by day..
h!
dont know what to say...
lost my speech..
it was very painful 4 me when i saw the mother crying in front of the death body of his son who was killed by police...
They r kafir!
They killed our brothers,
They burned quran,
They are destroying everything,
No peace, no justice..
Do they think dat they will make us stop?
No..no..no..never.
We swear by heart,
We will fight till the end..
Till the end..
No matter if death comes..
We never fear anyone 4m da day when u said
La ilaha illallah..
Allah is our God,
The quran is our constitution,
The prophet is our leader,
Jihad is our way,
We never forget that the death 4 the sake of Allah,
Is da highest of our aspirations.
No matter who our enemy is...
We only fear Allah..


M**** dalam petikan di atas adalah seorang lagi remaja BD berusia 20 tahun yang telah menjadi sahabat baik saya.

Hmmm.....menarik tak? 

(^_^)


Yang ikhlas bercerita,
Cahaya Permata Syurga