Sunday, July 31, 2011

Warkah Dari India 2: First Class (?)


Hari ni hari Isnin. Ms Shanti cakap first class kitorang hari ni, dan orientation week start esok. Lepas Subuh, aku pun semangat gosok baju kurung ngan apron (labcoat), pastu main internet jap, dan sambung tidur untuk beberapa minit.

Lepas mandi, bersiap, dan sarapan, kitorang pun turun la bawah. Semangat nak gi kelas. Kitorang dimaklumkan yg Ms Jhanvi akan bawak kitorang gi kelas, so kitorang pun tunggu la kat pintu utama asrama depan bilik die.

Tetibe, Ms Jhanvi keluar dari bilik sebab Makcik Mass ketuk pintu bilik die. Die terkejut tengok kitorang berdiri kat luar, siap bawak beg ngan apron lagi.

“Where are u going?”

Aku pun terpinga-pinga la. Apasal die tanya pulak?

“We thought we got class today...”

“Who told u?” Ms Jhanvi dah tergelak-gelak.

“Errr....Ms Shanti”

Pastu Ms Jhanvi cakap yg kitorang xde kelas hari ni dan esok. Kelas akan start pada hari ketiga, iaitu Rabu. Tu pun, x sure lagi. Kitorang memang xde ape2 aktiviti untuk hari ni ngan esok. Orientation week pun maybe start hari rabu.

Ok, kitorang pun dah tergelak-gelak kat situ. Malu beb..haha. Dahlah ade senior kat situ. Dan kitorang pun naik atas balik, sambil terpikir-pikir ape nak buat dalam mase 2 hari ni.

*Kitorang start puase esok. Dan kemungkinan akan sambut Aidilfitri di Mangalore. Tapi, kawan2 kat Mangalore start puase hari ni. So, macam mana tuh? :P

Saturday, July 30, 2011

Warkah Dari India 1: Hari2 Pertama.


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, ni dah masuk hari kelima berpijak di bumi India.
So, nak cerita sikit la apa yg dah berlaku dalam tempoh 5 hari ni. Hehe.

Ok, hari pertama. Bertolak dari KLIA ke Bangalore pukul 10 malam dengan nombor penerbangan MH 192. Ni first time aku naik flight, so agak teruja. Sebab waktu malam, so aku x Nampak ape2 pun kat bawah tu. MAS sediakan supper ntuk kitorang, dan makanannya sangat banyak dan sedap. Ade nasi campur ayam ngan sayur, yogurt, salad, coklat, roti…dan jus. Diorang pun ade gak sediakan wain bagi penumpamh yg nak minum wain. Kitorang sampai kat Bengaluru International Airport, Bangalore dalam pukul 11.45 malam.

Sampai kat BIA, Mr Parthiban, agen Nugrahan tu tgah tggu kitorang. Dan akhirnya Mr P pun beredar bersama ngan budak2 Kolar, meninggalkan kitorang 10 orang bersendirian kat airport. Wakil nugrahan yg sepatutnya sambut kitorang mase tu ada di Mumbai, sebab sepatutnya kitorang naik flight KLIA-Mumbai, tapi ade misconception yg membuatkan terjadinya kesilapan mase beli tiket. So, kitorang terpakse la berehat kat Arrival Hall,BIA sampai kul 4 pagi sebelum bergerak ke Departure Hall untuk menaiki pesawat ke Pune Airport kul 6 pagi. Kat BIA takde surau or tempat solat, so kitorang terpakse sembahyang duduk. Ni first time aku solat sambil duduk atas kerusi. Pastu, mase ambil wudhu’ kat toilet, akak yg jage toilet tu marah2 kitorang dalam bahasa die sebab lantai basah. Maklumlah, orang India gune tisu je..kitorang gune air, so memang la basah. Kitorang buat tak tahu je lah..nak buat camne..

Kul 6 pagi, kitorang naik flight ke Pune. Dalam kapalterbang ni, ade tv yang bersambung ngan kamera kat luar pesawat. So, kitorang boleh nampak pemandangan luar dari tv tu. Mase pesawat lalu kat dalam awan, SubhanALLAH…pemandangan kat luar tingkap memang cantik. Macam dalam citer2 yang konon2 ade Negara atas awan tuh..awan tu pulak nampak cam salji je…hehe.

Bile turun dari pesawat tu dan menjejak kaki di bumi Pune, rase sejuk sebab mase tu dalam pukul 7 lebih waktu tempatan. Kitorang jumpe Ms Shanti, agen Nugrahan yg sepatutnya sambut ketibaan kitorang kat situ dengan 5 org private students. Kitorang pun naik van bertolak ke Karad. Dalam perjalanan, kitorang singgah sarapan kat sebuah warung, and Ms Shanti ordekan puri dan teh ntuk kitorang. Puri tu sedap, dan teh tu sangat pekat rasa susu, sebab diorang tak gune air buat teh, hanya susu.

Lebih kurang 3 jam kemudian, kitorang sampai di Krishna Institute of Medical Science (KIMS), Karad. Angin sejuk bertiup dan pakcik van tu tolong angkatkan barang2 kitorang. Kitorang disambut oleh senior batch pertama (kami batch keempat). Kitorang dimaklumkan yg kitporang tak dapat bilik lagi sebab ada kena tunggu exchanged students dari US yg dah nak tamat tu balik dulu baru kitorang dapat bilik. Asrama kitorang ni Internatonal Hostel, so yg menginap di hostel ni semua foreign students, termasuklah pelajar Malaysia. Kitorang tumpang bilik tetamu dulu. Hari ni baru dapat bilik kot, sebab esok dah start kelas.
Makanan sedap, seniors baik. Kitorang dah buat sesi taaruf dengan seniors Muslim. Kitorang juga dah beli buku2 dan barang2 keperluan ntuk belajar. Kedai dekat je. Sekitar kawasan kolej je, dalam dan luar. Jalan kaki je. Tapi semalam kitorang pegi beli barangan elektrik kat Karad City naik auto, dekat je, just a few minutes. Dalam KIMS ni ade gak mart. Kitorang beli apron (labcoat) kat mart ni je. Dan ade gak kedai yg jual dairy product cam aiskrim dan susu. Sedap. Tapi kene kira betul2 sebab akak tu asyik salah kire. Cuaca agak lembap, so jemur baju tak kering2. Hehe.

Ok, nak gi sarapan nih. Jumpa lagi dalam entri seterusnya. Wassalam.

Thursday, May 26, 2011

KISAH ABU NAWAS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada suatu hari, Abu Nawas pergi ke pasar dan berteriak kepada orang ramai.

"Wahai penduduk Baghdad, sesungguhnya aku benci kepada hak, aku cinta kepada fitnah, dan dalam beberapa tahun ini aku lebih kaya daripada Tuhan"

Penduduk Baghdad gempar mendengar kata-kata Abu Nawas tersebut. Masakan tidak, kata-kata tersebut adalah kata-kata seorang hamba yang sombong.


Mereka segera melaporkan hal tersebut kepada Khalifah, dan Abu Nawas dititahkan untuk menghadap Khalifah dengan segera.

"Wahai Abu Nawas, kamu akan dipenjarakan!" titah Khalifah dengan wajah yang merah padam menahan marah.

"Wahai Khalifah yang bijaksana, apakah kesalahanku?" tanya Abu Nawas.

"Kata-kata kamu telah mencetuskan kekecohan. Kamu adalah hamba ALLAH yang sombong. Kata-kata kamu boleh membawa kepada MURTAD..!!!!"

"Wahai Khalifah, sesungguhnya kata-kataku adalah satu kebenaran. Bukan sahaja aku, malahan Khalifah juga begitu,"

"Aku? Jelaskan kata-katamu wahai Abu Nawas!"

"Wahai Khalifah, sesungguhnya aku benci kepada yang hak. Bukankah kematian itu suatu yang hak? Siapakah yang suka kepada kematian? Bahkan setiap orang benci kepada kematian,"

"Jadi, apa pula maksudnya kamu cinta kepada fitnah?" tanya Khalifah, mulai tertarik dengan kata-kata Abu Nawas.

"Wahai Khalifah, bukankah wanita dan anak-anak itu adalah fitnah? Dan bukankah Tuanku juga suka kepada wanita dan anak-anak?"

"Hmmm...tetapi kamu mengatakan bahawa kamu lebih kaya daripada Tuhan. Bukankah kata-kata itu adalah kata-kata orang yang takbur?"

"Sabar wahai Khalifah. Sesungguhnya aku mempunyai ramai anak tetapi Tuhan tidak mempunyai anak, maka bukankah aku lebih kaya daripada Tuhan?"

"Jadi, apakah sebenarnya tujuan kamu berkata begitu kepada orang ramai?"

"Untuk mengingatkan bahawa mati itu adalah pasti, wanita dan anak-anak adalah fitnah, dan sesungguhnya ALLAH itu Maha Esa,"



*Kesahihan kisah ini tidak dapat dipastikan kerana diambil daripada sebuah buku. Apapun, mana yang baik jadikan teladan, mana yang buruk jadikan sempadan.



Yang Ikhlas, 
Cahaya Permata Syurga

Sunday, May 1, 2011

TENTANG BANGLADESH

Assalamualaikum warahmatullah...


Hari ni saya nak bercerita  tentang Bangladesh. (^_^)

Selama ni, sejak saya kecik sampai la saya dah besar panjang (dah boleh kawen dah..),  saya selalu dengar perkataan Bangla.
Selama ni, bile dengar perkataan Bangla, ape yang ade dalam fikiran adalah orang yang kulit hitam, badan kurus kering, kerja jadi buruh kat Malaysia.
Selama ni, bile jumpe dengan orang yang dikatakan orang Bangla, mesti mak ayah akan tarik tangan, pergi jauh2..dengan nasihat “kena hati2 dengan orang Bangla…jangan dekat dengan diorang”

Saya tahu mak ayah saya sayangkan saya. (^_^)

Tapi malangnya, saya membesar dengan skeptical bahawa orang Bangla perlu dijauhi. Bukan salah mak ayah saya, tetapi persekitaran yang membentuk situasi begitu.

Dan begitulah pandangan saya tentang Bangla, sehinggalah………

Satu hari, saya berkenalan dengan seorang budak lelaki dari Bangladesh.
Lepas tu baru saya tahu, Bangla tu sebenarnya adalah Bangladesh (BD).
Dan lepas tu, barulah minda saya tentang BD terbuka, macam tingkap yang terbuka  bila angin kuat…(perggh..:P)

Ada sesuatu yang menarik tentang Bangladesh dan tentang budak lelaki dari BD yang saya sebutkan di atas.
Apa yang saya tahu tentang BD?
Menurut S***, BD adalah Negara kedua yang mempunyai penduduk Islam paling ramai selepas Indonesia.
Di BD, Islam adalah agama rasmi tetapi pada masa kini, pemimpin BD telah meminggirkan Islam, dan hanyut dalam kemewahan duniawi.
Para pemimpin hidup dalam kemewahan yang melimpah ruah, tetapi rakyat dibiarkan menderita dan kekal miskin.
Rakyat yang cuba memberontak atau cuba membangkang kerajaan dengan memperjuangkan Islam, akan ditangkap atau dibunuh.

Golongan muda di Bangladesh sekarang yang kebanyakannya belajar dan mendalami Islam telah terbuka minda dan fikiran mereka akan kesilapan pemerintah. Mereka cuba bangkit menuntut hak mereka, tetapi sentiasa gagal atas kekejaman pemerintah.

Menuntut ilmu adalah salah satu usaha untuk mengeluarkan diri mereka dari kemiskinan tetapi malangnya, jalan untuk mereka memperoleh masa depan yang lebih cemerlang disekat.

Kanak-kanak seawal di bangku sekolah juga telah turut terlibat dalam perjuangan menuntut hak, dalam perjuangan untuk mengembalikan syiar Islam di bumi Bangladesh.

Ada satu petikan chatting saya dengan S***…petikan yang merupakan luahan hati seorang remaja Bangladesh yang menjadikan Islam sebagai teras hidupnya.

I and M**** both r involved with an islamic organisation,
Founded by some great students.
Our aim is to establish islam..
in our country..but
Our government and others are now against us,
They totally want to destroy us..
U cant even think of wat is happening here..
16th april is another great day to fight against govt.
Our govt is now trying to efface the name of islam 4m Bangladesh..
But till the last drop of our blood, we can never let it to be.
M**** is a great person,
He goes on the road to protest against govt..
Very brave..
i want to go with them,
but i amnt allowed..
bcz i am 16.
Police arrest many of us,
They throw unbearable tear gas,
They hit with their sticks..
They killed 18 of our brave brothers in 2008 in front of all..
Last year, police arrested 3 thousand of our brother..
Even me,can be arrested at any time.
No guaranty..
but we dont fear..
Allah has ordered us to establish islam,
If anyone stands as obostacle in our way,
We willnt let him to win till our life time.
We want islam,
We want justice,
We want peace,
It is clear that islam is da only way to get peace..
Bangladesh is no longer a muslim country.
Bcz our govt has announced it secularism.
Our girls are now allowed to go out without Hijab,
But before, they werent allowed.
They have banned hijab in some places,
Even they tried to make a law against the law of quran.
And whoever speaks on behalf of islam and quran,
He will be killed/arrested/tortured.
Sister!
The situation is getting worse day by day..
h!
dont know what to say...
lost my speech..
it was very painful 4 me when i saw the mother crying in front of the death body of his son who was killed by police...
They r kafir!
They killed our brothers,
They burned quran,
They are destroying everything,
No peace, no justice..
Do they think dat they will make us stop?
No..no..no..never.
We swear by heart,
We will fight till the end..
Till the end..
No matter if death comes..
We never fear anyone 4m da day when u said
La ilaha illallah..
Allah is our God,
The quran is our constitution,
The prophet is our leader,
Jihad is our way,
We never forget that the death 4 the sake of Allah,
Is da highest of our aspirations.
No matter who our enemy is...
We only fear Allah..


M**** dalam petikan di atas adalah seorang lagi remaja BD berusia 20 tahun yang telah menjadi sahabat baik saya.

Hmmm.....menarik tak? 

(^_^)


Yang ikhlas bercerita,
Cahaya Permata Syurga

Friday, April 22, 2011

Perancangan dan Persediaan

Lama betul tak update blog...online hari2, tapi blog tak update...hehehe

Baik, cerita kali ini adalah mengenai 'Perancangan dan Persediaan'






Anda pernah merancang..? Mestilah pernah kan. Dalam hidup ni, semua benda, semua perkara perlu dirancang. 

Nak makan kena rancang..
"Hari ni nak makan apa ye...tomyam? tempoyak ikan patin? Ikan keli kafe Melayu? Or roti canai je sebab nak jimat? Nak makan bile? Study dulu ke makan dulu?"

Nak main game kena rancang..
"Hari ni nak main volleyball ke nak main sepak takraw? Tapi kalau main volleyball nanti kena berebut dengan girls...main badminton je lah.....ke nak main game dalam laptop je?"

Nak buang air pun kena rancang..
"Nak masuk toilet sekarang ke sekejap lagi? Tengah tengok movie ni...nanti terlepas part best...masuk toliet la dulu...movie boleh pause..."

Ha, tengok...tu contoh2 yang berat tuh...senang cakap, setiap saat perlu merancang. Ada perancangan untuk jangka masa pendek,contohnya nak buat apa lepas makan....ada perancangan untuk jangka masa panjang, contohnya bila sampai india nanti, nak cepat2 belek akademik kalendar, tengok bile cuti sebab nak tempah tiket flight....ada perancangan untuk jangka masa seumur hidup, contoh paling senang kawen...:P

Bila bercerita pasal perancangan ni, mesti berkait rapat dengan persediaan. Kalau kita tak rancang sesuatu perkara tu, mestilah kita tak bersedia untuknya kan?


ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Dia beri kita kesempatan untuk merancang dan membuat persediaan. Kadang2 apa yang kita rancangkan tu menjadi tapi kadang2 apa yang berlaku terbalik dari apa yang kita rancangkan.


Kenapa ALLAH tak bagi apa yang kita nak?


Sebab ALLAH Lebih Tahu dari kita...perancangan ALLAH adalah yang terbaik, dan ketetapan ALLAH juga adalah yang terbaik. Mungkin bukan sekarang kesannya tapi mungkin akan datang...tidak di dunia, mungkin di akhirat kelak. Apa yang pasti, ALLAH tidak pernah sekalipun menganiayai hambaNya...

banyak lagi tapi tiba2 hilang kata2....hehe..


apapun, banyakkanlah muhasabah diri. Kita ni terlalu kerdil dan terlalu lemah...segala kekuatan itu adalah milik ALLAH...


Wallahuallam..

(^_^)

Yang ikhlas bercerita,
Cahaya Permata Syurga

Thursday, March 10, 2011

Bila saya bercerita...tentang Bahasa Baru

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah, dah hampir dua minggu kembali ke bumi KTT...


Kami berada di sini untuk belajar tiga bahasa yang digunakan secara meluas di India...dan asas2 Anatomy dan Physiology.


Ok, lidah kami kat sini pun dah berbelit-belit...jari2 tangan pun dah rasa kebas...kepala pun dah tergeleng-geleng bila bercakap....(^_^)


Tiga bahasa yang dipelajari adalah Kannada, yang digunakan secara meluas di bahagian selatan India, Tamil yang digunakan di kawasan Tamil Nadu, dan Hindi yang menjadi bahasa kebangsaan di India selain bahasa Inggeris.


Nak belajar...??





ni konsonan hindi.....



first three lines tu adalah vowel hindi...


ni konsonan Kannada.......


ok, tu je...kalau nak lagi, cari sendiri kat internet....(^_^)..hehehe

jumpa lagi dengan cerita yang seterusnya....

Wassalam....

Monday, January 31, 2011

Kisah Tentang Result....

SALAM.....


Baiklah, untuk pengetahuan sesiapa sahaja yang membaca (memandangkan followers 3 org je), result A-Level sudah pun keluar....

Macammana result?

Alhamdulillah......
Walaupun tak berapa bagus, tapi pass la cut of point.....

Bila fly India?

Hmmm......والله اعلم
Mungkin dalam bulan Julai atau Ogos....
Insha ALLAH...(^_^)

Wahhh.....lamanya cuti....???

Ehh....tak....
Insha ALLAH, bulan 3 nanti akan balik ke Kolej Teknologi Timur di Sepang untuk program Kursus India......belajar 3 bahasa (Urdu, Tamil dan Kannada) dan akan belajar asas untuk first year...

Kat India tu kat mana??

والله اعلم
Placement tak tahu lagi.....
Akan ditentukan kemudian.....





Bila bercakap tentang result, ramai antara kawan2 saya yang menitiskan air mata kerana gagal untuk melanjutkan pelajaran ke India......tapi saya tak nak cakap banyak tentang tu sebab sekarang mereka dah berjaya atasi kesedihan tu dan bangkit untuk meneruskan perjuangan...
Saya sangat kagum dengan mereka....(^_^)


Secara jujurnya, saya agak sedih la kan......walaupun pass tapi result tak lah seberapa sangat...
Tapi saya ambil dari sudut positif...


Semua perkara yang telah dientukan ALLAH pasti ada hikmahnya......hanya kita sebagai manusia biasa ni yang kadang2 terlalu dangkal untuk menerimanya...setiap perkara sama ada kecil atau besar, semuanya telah berada dalam perancangan ALLAH......selagi kita yakin kepadaNya, maka nikmat dan rahmat akan setiap ketentuan Illahi itu pasti akan kita perolehi.....(^_^)


Sekian, terima kasih


Yang ikhlas menulis,
Cahaya Permata Syurga