Sunday, May 27, 2012

Kemalangan di malam Hari Belia 2012




Tengok dulu video tu sampai habis. Kalau malas nak tunggu, boleh skip ke minit 5:20 untuk melihat eksiden tuh.

Komen aku :

1) TAKZIAH.

Takziah buat peserta hari belia yang terlibat dalam kemalangan tuh. Setakat ni aku x jumpe lg update pasal peserta yg kene langgar mahupun pemandu kereta tuh. Tapi kalau tengok dari segi kelajuan kereta, ngan situasi dlm video nih, sampai ade org bawah kete, for sure kecederaan bukan setakat yang ringan2 je, dan melibatkan lebih dari 2,3 orang. Innalillahi wainna ilaihi raajiuun. Apapun, kita berdoa agar semuanya selamat.


2) CIRI2 KESELAMATAN.

Heh. Kalau budak sekolah tengok budak sekolah tahu kot yg ciri2 keselamatan kat kawasan nih sgt la lemah. Ade ke patut penonton duduk kat tepi jalan? Ni bukan lumba lari, ni lumba kereta. Kelajuan bukan 60/80 km/h......common sense la beb. Kalau setakat duduk belakang pagar camtuh, memang tinggi la risiko nak kena langgar. Lagipun, kawasan nih memang bukan kawasan yg dikhaskan utk lumba kereta. Betul, memang kemalangan tu kat mana2 pun boleh berlaku, kat track pun boleh eksiden kalau dah nak jadi, tapi at least kite beringat sebelum kena. Sediakan payung sebelum hujan. Jangan sudah terhantuk baru nak tengadah.


3) RELEVAN
Sebelum tgok video nih aku x tahu pun ade event nih mase Hari Belia, Aku ingatkan konsert 'pengisian rohani' tu jek. Masalahnya, apa relevannya aktiviti nih? Kalau tak silap aku, objektif Hari Belia adalah untuk membina sahsiah diri dan integriti dalam mempersiapkan belia sebagai bakal pemimpin untuk masa akan datang. Erk...kalau dah events macam nih, kat mane yang berkait ngan objektifnya? Ni bukannay nak membentuk sahsiah, tapi nak merosakkan lagi sahsiah dan akidah. Buat konsert2 macam tuh, adakah membentuk jiwa anak2 muda yang sudah sedia goyah? Lumba kereta macam ni, bukankah menggalakkan lagi aktiviti lumba haram?

Well, ade otak sendiri fikir. Tuhan dah bagi akal, jangan letak kat kepala lutut. Membina sebuah negara yang hebat perlu dimulakan dari dalam diri individu tu sendiri.




No comments:

Post a Comment