Saturday, October 17, 2015

DOA

2 Okt. 2015.
Assalamualaikum.
Baru-baru ni ada usrah. Memandangkan masa tu dah nak exam, so kebanyakan perkara yang dibincangkan dalam usrah adalah berkenaan exam.
Antara topik berbangkit adalah tentang doa. Biasalah, time nak exam, kita kan akan tend untuk lebih cuba mendekatkan diri dengan Allah, lebih ingat dekat Allah, berdoa lebih, solat sunat lebih. So berkaitan dengan doa ni, kita akan mintak macam2 perkara dari Allah. Sebahagian ahli usrah cakap, kita kalau nak doa dengan Allah, kena cakap direct terus je. Kalau nak lulus, cakap je terus dengan Allah, “Allah, bagi aku lulus dalam exam ni,”. Sebahagian lagi pulak berpendapat kita kena doa kat Allah supaya bagi mana yang terbaik untuk kita.
Aku? Bagi aku, aku pilih pendapat yang kedua. Sebab dari sekolah menengah lagi aku memang dah biasa doa macam tu. Aku selalu doa “Ya Allah, kalau kejayaan itu lebih baik untukku, maka kurniakanlah untukku kejayaan itu, dan jikalau kegagalan itu lebih baik untukku, maka Engkau lebih tahu dan hanya kepadaMu lah aku berserah dan bertawakal,”
Kenapa?
Bila aku muhasabah balik diri aku, bila aku renung balik kehidupan aku yang dah berlalu, aku sedar yang sebenarnya Allah sentiasa mendengar doa aku dan Allah makbulkan, tapi kadang2 aku yang tak sedar setiap yang berlaku tu adalah kerana Allah makbulkan doa aku. Dari sekolah menengah lagi aku dah biasa berdoa macam tu. Aku tak ingat macam mana atau siapa yang ajar aku untuk berdoa macam tu, tapi aku dah memang praktikkan doa tu dari dulu lagi. Dah banyak kali Allah bagi aku kegagalan tapi hikmah dari kegagalan tu adalah satu kebaikan untuk diri aku. Tapi masa sekolah dulu mana ada terpikir sangat pasal ni semua.
Dari sekolah rendah, aku selalu dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Hujung tahun, selalu dapat hadiah untuk kedudukan dalam kelas, hadiah untuk mata pelajaran terbaik. Sampai sekolah menengah pun, Alhamdulillah aku still cemerlang dalam pelajaran dan sentiasa dalam top 10. Aku tak pernah dapat C dalam mana2 subjek sampailah aku Tingkatan 4.
Masa aku Tingkatan 4, kali pertama aku dapat C adalah dalam m/p Biologi. Peperiksaan kedua masa aku Ting.4, pertama kali aku dapat C, dan itu kegagalan pertama aku. Tapi masa tu xde la sedih sangat sebab yang dapat better dari aku cuma 2 orang, dan diorang memang budak paling top dalam kelas.
Tapi masa tu aku langsung tak tahu yang itu adalah detik permulaan bagi beberapa siri kegagalan dalam hidup aku. Sejak dari exam tu, aku tak pernah dapat A dalam biologi. Aku tak ingat aku pernah dapat B atau tak, tapi A tak pernah, dan C atau D tu selalu. Sampailah aku SPM, dengan rahmat dan izin Allah, aku dapat sraight 10As dalam SPM. Tu kali kedua aku dapat A dalam Biologi.
Rupa-rupanya ada hikmah kenapa Allah bagi aku kesukaran dan kegagalan dalam subjek Biologi masa kat sekolah. Allah nak mempersiapkan aku untuk menghadapi kegagalan2 seterusnya. Lepas SPM, aku buat A-Level kat Sepang. Allah je tahu macam mana aku struggle dan macam mana susahnya aku nak pass exam masa A-level. Aku tak pernah sangka aku akan jadi antara budak paling bodoh dalam kelas. Aku tak tahu kenapa tapi aku memang tak dapat tangkap masa belajar A-level dulu. A-level ni, untuk pass belajar ke oversea (masa tu dapat tawaran untuk further study ke India), kena dapat paling sikit 3B. Masa final exam A2 tu, aku ingatkan aku memang dah fail A-level, sebab aku memang tak dapat catch-up ,tapi Alhamdulillah, sekali lagi rahmat Allah mengatasi segalanya. Aku pass A-level dengan markah cukup makan 3B. Aku sedar yang aku pass exam tu adalah dengan izin dan rahmat Allah, langsung takde kaitan dengan usaha aku.
Sekarang aku study kat India. Dah final year pun. Lagi sebulan lebih nak hadap exam ‘final of the the final’. Sepanjang 4 tahun aku kat sini, aku TAK PERNAH lulus exam internal. Macam mana aku struggle masa A-level dulu, 10 kali ganda aku kena struggle lebih kat India.Alhamdulillah, untuk final exam of the previous 3 years, Allah still bagi aku lulus walaupun tak cemerlang dan izinkan aku untuk terus further tanpa perlu mengulang exam.
Disebabkan peristiwa2 inilah, aku terus berdoa kat Allah agar bagi aku yang terbaik mengikut perkiraanNya. Kalau ikutkan akal fikiran kita yang lemah ni, takde perkara yang lebih baik dari lulus exam. Tapi bagi aku, Allah dah tunjukkan banyak kali dekat aku bagaimana kegagalan itu boleh jadi yang terbaik untuk aku pada waktu itu.
Dari kegagalan, Allah ajar aku untuk bersabar. Allah ajar aku untuk bersedia bahawa ada banyak lagi kegagalan yang akan aku hadapi pada masa hadapan. Allah nak aku belajar untuk yakin dengan ketentuanNya, yakin dengan perancanganNya. Allah nak aku memaknai tawakal kepadaNya. Allah tahu aku akan hadapi kesukaran dalam hidup aku kelak, jadi Allah mempersiapkan aku untuk menjadi kuat dan tabah. Kalau aku tak pernah gagal dalam exam masa sekolah dulu, mungkin susah untuk aku hadapi kenyataan kegagalan aku untuk masa kini.

Ternyata, perancangan dari Allah itu yang terbaik, dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

No comments:

Post a Comment