Tuesday, October 20, 2015

TARBIYAH HARI HUJAN

Hari tu kami pergi ke Pune. Naik kereta sewa. Sepanjang hari menhabiskan masa dalam Phoenix Mall. Makan-makan, shopping etc.

Dalam pukul 7.00 pm camtu, kami pun bergerak keluar dari Phoenix Mall, dah nak balik. So aku yang bertanggungjawab untuk ambik nombor telefon abang driver pun call la abang driver tuh. Tapi masalahnya, tak tahu kenapa, abang driver ni macam tak faham apa yang kami cakapkan. Tapi last2, dia kata “ok, ok”, jadi kami pun keluar la dari Phoenix Mall, tunggu di perkarangan luar mall tersebut, menanti ketibaan abang driver.
Tak lama kemudian, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Entah kenapa, abang driver yang ditunggu masih belum tiba. Kami pun berteduh la di bawah bumbung mall tersebut. Ditakdirkan Allah, hujan semakin lebat dan angin bertiup kencang. Kami yang berteduh terkena tempias hujan sampaikan basah lencun. Macam takde beza pun berteduh atau tidak.

Hampir dua jam jugak berdiri dalam hujan. Panggilan demi panggilan dibuat kepada abang driver. Kadang2, tak berjawab. Tapi bila berjawab pulak, abang driver macam tak faham dan tak kenal pun siapa kami. Aku syak aku tersilap save nombor telefon. Even sampai sekarang pun aku tak tahu nombor telefon abang driver yang aku simpan hari tu betul atau tidak.

Dipendekkan cerita, akhirnya abang driver pun sampai. Dalam kesejukan dan kebasahan, kami pun bergegas masuk dalam kereta. Disebabkan hujan lebat dan keadaan di luar yang sejuk aircond terpaksa dihidupkan sebab tak nak cermin hadapan berkabus. Aku yang duduk di kerusi hadapan sebelah driver menggigil jugak la sebab sejuk. Dah la baju pun basah.

Dalam perjalanan pulang, jalan raya dah dinaiki air. Banjir jugak la bandar Pune tu sebab hujan lebat tak berhenti-henti. Dalam perjalanan tu, aku melemparkan pandangan ke luar tingkap. Rasa kasihan melihat ramai penunggang motosikal yang basah kuyup ditimpa hujan.

Masa tu terlintas, mungkin ni tarbiyah yang Allah nak bagi. Allah takdirkan kami untuk berdiri dalam hujan hampir dua jam sebelum Allah datangkan abang driver untuk ambik kami.

Mungkin Allah nak ajar kami untuk bersyukur. Kami kehujanan dua jam je, dan lepas tu, kami dah masuk dalam kereta. Bayangkan penunggang motosikal yang terpaksa menunggang dalam keadaan basah kuyup tanpa atap, meredah pulak banjir kilat. Macam mana pulak dengan orang yang cuba berteduh di kaki lima bangunan, bawah perhentian bas? Walaupun ada bumbung, tapi dalam keadaan hujan lebat dan angin kencang, pasti terkena tempias. Pasti mereka juga kesejukan dan kebasahan. Bezanya, mereka tidak ada kereta yang akan datang menyambut. Mereka harus menunggu dan berharap hujan akan segera berhenti. Dan kebanyakan mereka berusaha mengharungi hujan lebat dan banjir, kerana ingin cepat pulang ke rumah. Mungkin ada anak isteri yang menunggu, mungkin ada ibu bapa yang berharap, mungkin  ada urusan yang harus diselesaikan dengan segera. Mungkin ada tanggungjawab yang menuntut pengorbanan mereka untuk mengharungi hujan lebat.

Masa tu terpikir, kalaulah aku ada kuasa dan kemampuan, mahu sahaja semua orang ini dibantu. Kalau boleh, nak beri kereta kereta untuk setiap seorang dari mereka supaya tidak ada yang kebasahan. Kalau boleh, mahu letakkan payung ghaib di atas setiap mereka supaya tidak terus kehujanan. Kalau boleh, mahu letakkan jaket bulu untuk setiap mereka supaya tidak kesejukan.

Tapi aku bukan Tuhan. Aku manusia kerdil dan hina yang tidak punya apa2. Dan aku hanyalah seorang pemerhati untuk setiap ragam dan drama kehidupan, dan mengambil pengajaran dalam setiap sketsa di hadapan.

Dalam kedinginan hujan dan penghawa dingin, aku memanjatkan syukur kepada Allah untuk setiap nikmat yang Dia kurniakan, yang jarang sekali aku syukuri, dan jarang sekali aku hargai.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment